Berita

Diana, Farid nak cerai lagi

- Diterbit 29 Oktober 2024 9:41 AM MYT

SETELAH setahun mencuba untuk memperbaiki hubungan bersama suaminya yang juga pelakon Farid Kamil, Diana Danielle, 32, akhirnya membuat keputusan untuk berpisah semula.

Aktres filem Hanyut itu mengumumkan keputusan ingin dibuatnya itu menerusi sebuah hantaran di akaun instagramnya petang semalam.

“Saya sudah membuat keputusan untuk berpisah dengan suami dan akan memfailkan perceraian.

“Tidak, saya tidak akan jelaskan kenapa. Mungkin dia akan jelaskan dan seperti biasa bersama bunga dan cicin serta janji kosong.

“Semoga hidup kamu bahagia,” tulisnya.

Pada hantaran berikutnya di instastory, Diana juga menulis ‘Jangan pujuk’ yang ditujukan kepada Farid.

Sementara itu menerusi kapsyen pada hantarannya, Diana berkata, rujuk bukan untuk semua serta meminta Farid agar melepaskan dirinya.

Diana dan Farid,43, pernah bercerai pada Ogos tahun lalu selepas melalui kemelut rumah tangga yang berpanjangan.

Mereka bagaimanapun kembali rujuk sebulan kemudian.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang berusia sembilan tahun-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas