Oleh KHAIRUL IDIN
BAGI merealisasikan misi penting untuk memupuk nilai perpaduan dalam kalangan pelajar universiti, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Sabah menganjurkan Program TownHall Bicara Perpaduan di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL).
Pengarah J-KOM Sabah, Milus Alu @ Abd Wahad berkata penganjuran sebagai platform bagi pelajar, fakulti, dan tetamu terkemuka untuk terlibat dalam perbincangan yang membina, berkongsi pandangan dan bekerjasama mencapai matlamat bersama.
“Ia memainkan peranan penting dalam mempromosikan komunikasi terbuka, pemahaman dan perpaduan dalam kalangan pelbagai kumpulan masyarakat terutamanya dalam kalangan komuniti akademik.
“Para pelajar diberikan taklimat kenegaraan dengan tajuk Merdekakah Kita? Dimana letaknya Patriotik Kita yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Supian Musa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program TownHall Bicara Perpaduan di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) yang dihadiri lebih 600 pelajar, baru-baru ini.
Hadir sama Pengarah UMSKAL, Profesor Madya Dr Mohd Rizal Abdul Hamid dan Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Profesor Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal. –WILAYAHKU