Berita

Demi kesejahteraan Kuala Lumpur

MAIMUNAH (tengah) pada sesi kunjungan hormat di Kuala Lumpur baru-baru ini.
- Diterbit 4 Oktober 2024 4:07 PM MYT

KERJASAMA. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Sri TPr Dr Maimunah Mohd Sharif  menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa pada 25 September lalu.

Menerusi kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di laman rasminya, pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan mengenai kerjasama yang boleh dilaksanakan.

“Antara kerjasama itu antaranya dalam aktiviti kawalan dan tindakan penguat-kuasaan kepada penjaja warga asing di Kuala Lumpur serta mengenai kesejahteraan dan keselamatan warga kota,” katanya.

Sementara itu, Rusdi berkata kerjasama antara dua agensi ini adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan bandar Kuala Lumpur terjaga.

“Kami berbincang mengenai pelbagai aspek keselamatan, pengurusan lalu lintas dan penguatkuasaan undang-undang di bandar raya ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pertemuan itu juga bertujuan memperkukuh kerjasama antara Polis Kuala Lumpur dan DBKL dalam menangani isu-isu keselamatan serta pembangunan di bandar raya ini dengan harapan meningkatkan kesejahteraan dan keamanan bagi semua penduduk.

Kunjungan hormat yang diadakan di pejabat DBKL itu turut dihadiri oleh beberapa pegawai kanan Polis Kuala Lumpur. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas