Lensa

Deepavali semai sikap baik, jauhi kejahatan

DEEPAVALI disambut meriah bersama ahli keluarga, sanak- saudara dan rakan-rakan. Foto; SHUAIB AYOB / WILAYAHKU
- Diterbit 17 November 2023 2:50 AM MYT

Oleh SHUAIB AYOB

PERAYAAN Deepavali atau dikenali sebagai Diwali merupakan hari kebesaran yang disambut penganut Hindu pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil setiap tahun.

Perkataan Deepavali merupakan gabungan ‘Dipa’ yang bermaksud cahaya dan ‘Gavali’ yang bererti barisan.

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang terkenal dengan kekejaman serta sering memeras ugut rakyatnya telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Maha Krishnan.

Dikisahkan sebelum mati, Raja Naragasura meminta agar rakyatnya meraikan hari kemenangan itu sebagai peringatan untuk menjauhi godaan hantu dan syaitan serta sentiasa berbuat baik dan menjauhkan diri daripada melakukan kejahatan sesama manusia.

Sebagai mendukung semangat perpaduan dan muhibah, lensa Wilayahku sempat merakam upacara keagamaan Deepavali di Kuil Kottu Malai Pillayar, Pudu di Kuala Lumpur baru-baru ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas