Berita

DBKL tutup 2 premis pelacuran, sebanyak 7 notis kompaun dikeluarkan

Kredit: DBKL
- Diterbit 14 Jun 2024 4:00 PM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur menutup dua premis serta mengeluarkan tujuh notis kompaun pelbagai kesalahan terhadap premis yang menjalankan aktiviti pelacuran dalam satu Operasi Tindakan Khas Pusat Urut di sekitar Parlimen Seputeh semalam.

DBKL menerusi kenyataan di Facebooknya berkata hasil daripada tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, sebanyak tujuh notis kompaun dibawah Seksyen 79(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, UUK 3(1) dan UUK 20(1)(b), Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta UUK 5(1), UUk Iklan (WP) 1982 ke atas premis yang melakukan kesalahan.

“Selain itu, 2 premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah telah dikenakan tindakan tutup serta-merta dibawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan barangan yang berkaitan dengan perniagaan juga turut disita.

“Kesemua barangan yang disita telah dihantar dan disimpan di setor Jalan Lombong, Cheras, Kuala Lumpur,” katanya hari ini.

DBKL menegaskan, pihaknya akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

“ebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera seperti berikut http://adukl.dbkl.gov.my,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas