DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur melaksanakan Operasi Tindakan Sitaan dan Pindah Halangan Peniaga di sekitar Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Operasi tersebut dilakukan DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Titiwangsa di Jalan Jejaka 7 dan Jalan Jejaka 9 semalam.
DBKL dalam satu kenyataan berkata operasi sitaan dan pindah halangan dilaksanakan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
“Antara barangan yang disita adalah meja atau kerusi plastik, stall dapur beroda, stall berkaca dan peralatan perniagaan lain.
“Kesemua barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
DBKL menegaskan tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – WILAYAHKU