Berita

DBKL sita pelbagai barangan penjaja warga asing

- Diterbit 24 Januari 2024 3:01 PM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan sita pelbagai barangan milik penjaja warga asing yang diletakkan di tempat awam di Pusat Bandar Utara berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur dan Taman Batu View hari ini.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, Tindakan Khas Pindah halangan (Sitaan) dilakukan menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Batu.

“Melalui tindakan khas yang dijalankan, DBKL membuat 10 tindakan dan pindah barangan atau peralatan yang diletakkan di tempat awam terhadap penjaja warga asing menerusi kesalahan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Antara barangan yang disita adalah payung lipat, sayur-sayuran, ikan, ayam hidup dan lain-lain,” katanya hari ini.

Tambahnya lagi, barangan dan peralatan yang telah disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas