Berita

DBKL sita 1 premis, 3 penjaja

Foto: DBKL
- Diterbit 1 Oktober 2024 10:46 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan sita terhadap satu premis dan tiga penjaja dalam satu Operasi Tindakan Sitaan Premis/Penjaja di Lorong Sultan Ismail, kawasan Parlimen Bukit Bintang.

Menurut DBKL, tindakan sita dilaksanakan atas kesalahan berniaga tanpa lesen serta menimbulkan halangan kepada pihak Alam Flora untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.

“Sebelum tindakan tersebut dilaksanakan, DBKL telah mengeluarkan notis pengosongan tapak kepada penjaja-penjaja tersebut namun kesemua penjaja tersebut masih ingkar dan meneruskan aktiviti perniagaan.

“Kesemua barangan yang disita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

DBKL menegaskan akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/,” tegasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas