DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur telah merobohkan lima unit struktur binaan di dalam kawasan milikan bersama dalam operasi bersepadu roboh struktur tambahan di Apartment Mawar dan Lily, Taman Intan Baiduri, Kepong.
Dalam hantarannya di Facebook, DBKL berkata pemilik bagi tiga unit struktur haram dan sebuah struktur sembahan (tokong) telah berjanji untuk merobohkan dan membuka sendiri semua struktur tersebut.
“Kesemua sisa struktur telah dilupuskan oleh DBKL selepas tamat operasi yang dijalankan,” katanya hari ini.
Operasi tersebut di jalankan kleh Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Integriti, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar serta Pejabat Cawangan Batu.
“Antara agensi sahabat yang turut terlibat dalam operasi tersebut adalah Polis Diraja Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Bekalan Air Selangor,” katanya.
Menurut DBKL, pihaknh akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.
“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat menerusi pautan https://adukl.dbkl.gov.my/,” katanya.-WILAYAHKU