Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

DBKL rancang tunda kenderaan buruk seluruh Kuala Lumpur

- Diterbit 23 Jun 2024 1:43 PM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merancang untuk melaksanakan tindakan khas ke atas kenderaan buruk mengikut kawasan parlimen bermula dengan Parlimen Bandar Tun Razak.

Unit Medianya memaklumkan, kawasan yang menjadi tumpuan bagi tindakan ini adalah di Desa Tun Razak, Taman Mulia dan Perumahan Awam Sri Kota.

“Mulai 18 Jun 2024, DBKL telah mengeluarkan notis Penguatkuasaan untuk mengalih kenderaan buruk bagi kesalahan halangan
di tempat awam mengikut Seksyen 46 (1)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987
di kawasan tumpuan yang dinyatakan.

“Mana – mana pemilik kenderaan yang masih tidak mengalihkan kenderaan buruk / tersadai, tindakan tunda akan dilaksanakan dan kenderaan akan
ditempatkan di Depoh Tunda Pantai Central,” katanya dalam kenyataan hari ini.

DBKL turut memaklumkan bahawa Depoh Tunda Pantai Central telah beroperasi sepenuhnya bagi menempatkan kenderaan buruk atau tersadai.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas