Lensa

DBKL membina PPR ikonik

- Diterbit 26 Julai 2024 11:30 AM MYT

PROJEK Quick Win Perumahan Awam (PA)/ Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berlangsung sejak 13 Julai lalu mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penduduk yang rata-ratanya tidak melepaskan peluang untuk mengindahkan persekitaran kediaman.

Objektif utama program yang julung kali diadakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bertujuan untuk mewujudkan kawasan PA/PPR yang ikonik.

Pelbagai aktiviti telah disusun antaranya gotong-royong‚ penundaan kenderaan buruk‚ cantasan pokok serta kebersihan dan pengindahan sekali gus membangunkan kesedaran kebersihan setempat dan juga penyelenggaraan berkala bagi infrastruktur penduduk.

Antara lokaliti yang terlibat adalah PPR Gombak Setia‚ PPR Pekan Batu dan juga PPR Desa Petaling. Ia turut melibatkan lebih 200 orang tenaga kerja yang terdiri daripada pelbagai agensi serta penduduk setempat.

Projek Quick Win ini juga bakal dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)‚ Dr Zaliha Mustafa pada 27 Julai 2024 bertempat di PA Seri Kota.

Lensa:

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas