Berita

DBKL laksana tujuh kes sitaan

Foto: DBKL
- Diterbit 6 September 2024 11:31 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan tujuh kes sitaan dan pindah halangan terhadap penjaja warga asing di sekitar Desa Tasik dan Jalan Tasik Selatan 20, Bandar Tasik Selatan.

DBKL dalam satu kenyataan berkata operasi tersebut dilaksanakan menerusi Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak.

“Melalui tindakan khas yang dijalankan, DBKL membuat tujuh kes sitaan dan pindah halangan menerusi peruntukan di bawah UUK 3(1) Undang Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen sah dari DBKL.

“Antara barangan yang disita adalah meja dan kerusi plastik, kanopi, tong gas dan lain-lain peralatan,” katanya.

Tambah DBKL barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

DBKL menegaskan tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas