Berita

DBKL laksana 6 kes sitaan, pindah halangan

Foto: DBKL
- Diterbit 20 Ogos 2024 10:48 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan enam kes tindakan sitaan dan pindah halangan terhadap penjaja di sekitar Jalan Batu 4 1/2, Jalan Klang Lama, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Operasi tersebut disertai oleh DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan serta Pejabat Cawangan Seputeh.

DBKL berkata, kesemua enam kes sitaan dan pindah halangan tersebut dilaksanakan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Antara barangan yang disita adalah meja, kerusi plastik, kanopi, tong gas dan lain-lain peralatan.

“Barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

DBKL menegaskan tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas