DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat 12 kes sitaan dan pindah halangan dalam satu operasi tindakan sitaan penjaja warga asing dan pindah halangan baru-baru ini.
DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Titiwangsa melaksanakan operasi tersebut di sekitar Desa Pandan, Jalan Tun Razak dan Lorong Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Jemur dan Jalan Raja Alang Kampung Baru.
Menurutnya, tindakan khas yang dijalankan menerusi peruntukan di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 serta Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
“Antara barangan yang disita adalah meja atau kerusi plastik, kanopi, papan atau kaki meja dan lain-lain peralatan.
“Barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
DBKL menegaskan tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – WILAYAHKU