Kuala Lumpur

DBKL keluar 27 kompaun kepada kutu sampah

- Diterbit 27 Disember 2023 9:39 PM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan sebanyak 27 kompaun ke atas pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pemilik premis serta orang awam.

Menerusi hantaran di laman Facebook, DBKL berkata Operasi Penguatkuasaan Anti Litter telah dijalankan di sekitar Jalan Mega Mendung, Parlimen Seputeh. “12 kompaun di bawah seksyen 46(1)(d) kerana meletakkan halangan di kawasan awam, emapt kompaun di bawah seksyen 47(1)(a) kerana membuang sampah sarap di tempat awam.

“Selain itu sebanyak 11 kompaun telah dikeluarkan di bawah seksyen 47(1)(d)kerana membuang sisa kotoran ke dalam longkang awam,” kata DBKL hari ini.

Dalam pada itu, DBKL turut hairan dengan segelintir pihak yang bersikap lepas tangan dalam soal kebersihan.

“(Mereka) Masih mempunyai fikiran bahawa urusan menjaga kebersihan ini hanya tanggungjawab satu pihak sahaja,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas