DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya terlibat untuk baki tiga projek pengindahan Sungai Nadi Kehidupan (ROL) iaitu pakej 1E, 1F dan 1G.
Unit media DBKL memaklumkan, ketiga – tiga pakej ini pada asalnya telah dikeluarkan dari Projek ROL melalui keputusan kerajaan pada Jun 2015, walau bagaimanapun, pada September 2023, telah mengarahkan pakej-pakej ROL ini
untuk dilaksanakan semula.
“Bagi status semasa projek-projek ini, DBKL akan melaksanakan proses Value Assessment (VA) bersama Kementerian Ekonomi pada Julai 2024 dan selanjutnya Value Engineering (VE) bersama Kementerian Kerja Raya pada Ogos 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut DBKL, pihaknya hanya terlibat dengan komponen pengindahan sungai dan pembangunan tanah.
“Bagi komponen pembersihan sungai adalah di bawah seliaan Jabatan Pembetungan serta Jabatan Pengairan dan Saliran.
DBKL turut menegaskan bahawa kelewatan dalam melantik kontraktor bagi Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau Batu dan Collapsible Weir di Brickfields selepas penamatan projek tersebut bukan di bawah seliaan pihaknya.
“Bagi projek-projek ROL di bawah seliaan DBKL, satu jawatankuasa iaitu Taskforce ROL, telah ditubuhkan pada Jun 2024, bertujuan untuk memantau skop pengurusan, penyelenggaraan aset dan lain-lain skop berkaitan ROL.
“DBKL juga turut mengambil inisiatif bagi aspek penjagaan dan penyelenggaraan aset ROL (untuk skop pengindahan) termasuk keselamatan
pembersihan, penyewaan dan penyelenggaraan, walaupun penyerahan secara rasmi aset-aset tersebut kepada DBKL belum lagi dibuat,” katanya
Tambah kenyataan itu, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) kini, sedang menyelaras perkara tersebut.- WILAYAHKU