DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah untuk mengambil tindakan segera menebang pokok berisiko tinggi susulan insiden pokok tumbang hari ini yang hanya berselang seminggu dari insiden di Jalan Sultan Ismail.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata belia telah mengarahkan DBKL untuk mengambil tindakan segera dengan menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi di Kuala Lumpur.
“Dalam masa yang sama, pihak DBKL telah diarahkan untuk menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi yang dijangka siap pada Julai 2024 agar insiden yang sama tidak lagi berulang dalam jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zaliha berkata bagi memastikan kelestarian alam terus dijaga dan diberi perhatian, DBKL juga perlu memperincikan program penggantian semula pokok termasuk dengan meneliti kaedah-kaedah bagi memastikan pokok tersebut utuh dan selamat untuk jangka masa panjang. – WILAYAHKU