Berita

DBKL ‘angkut’ 21 motosikal

- Diterbit 17 Januari 2025 4:14 PM MYT

SEBANYAK 21 buah motosikal telah disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan melakukan kesalahan parkir di tempat awam di kawasan Parlimen Segambut pada Rabu.

Katanya, dalam tindakan yang dijalankan, sebanyak 41 notis kompaun telah dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas pelbagai kesalahan.

“Kesemua motosikal yang dikenakan sita telah dibawa ke Depoh Simpanan Kenderaan Ditunda DBKL, Sentul, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.

Menurut DBKL, pihaknya akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera https://adukl.dbkl.gov.my/,” katanya.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas