Berita

DBKL ambil langkah atasi kebimbangan peniaga Jalan Alor

KUALA LUMPUR, 18 April -- Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa bercakap pada sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan Zon Tengah di Hotel Zecon, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Diterbit 6 Mac 2025 11:00 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan akan menangani kebimbangan peniaga dan penduduk sekitar berhubung pembinaan tujuh kiosk di kawasan Pocket Park, Jalan Alor, yang dikatakan telah mengambil separuh ruang hijau dan menghalang hadapan kedai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menjelaskan bahawa langkah ini diambil bagi memberikan ruang niaga yang lebih selesa dan tersusun untuk penjaja di Kuala Lumpur.

“Tapak tersebut merupakan kawasan rizab jalan yang hanya mempunyai laluan siarkaki dan beberapa pokok berpasu milik pihak hotel. Dengan inisiatif pihak DBKL, kawasan ini telah dinaiktaraf sebagai taman poket dengan mengintegrasikan elemen landskap lembut dan kejur,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Jelas Zaliha, DBKL telahpun mengambil langkah awal dengan mengadakan sesi libat urus bagi mendapatkan pandangan pemegang taruh dan penjaja setempat bagi menangani kebimbangan tersebut.

“Selain itu, pihak DBKL juga telah menyediakan dan merancang lebih banyak ruang hijau dan taman poket sekitar kawasan berdekatan seperti pengindahan dan pembinaan taman poket di Jalan Gading serta taman poket di Jalan Beremi,” katanya.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas