Berita

DBKL, agensi keluar 77 notis pelbagai kesalahan

Kredit: DBKL
- Diterbit 17 Julai 2024 11:49 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama agensi-agensi terlibat mengeluarkan sebanyak 77 notis pelbagai kesalahan dalam satu Operasi Bersepadu (Operasi Bersih di sekitar Lebuh Raya Timur Barat, Selasa lalu.

Operasi tersebut disertai DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Perancangan Infrastruktur dan Jabatan Intergriti bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS).

DBKL berkata menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan penguatkuasaan ke atas mana-mana kenderaan perdagangan yang melakukan kesalahan.

“Antara kesalahan seperti tidak mempunyai permit angkut bahan, gagal memastikan badan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat serta kesalahan-kesalahan lain yang dikesan oleh pegawai penguat kuasa.

“Hasil daripada operasi tersebut, sebanyak 77 notis atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan oleh DBKL serta agensi-agensi yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Dalam perkembangan lain, DBKL menyatakan sebanyak 6 premis perniagaan telah dikenakan tindakan pindah halangan mellaui operasi tindakan khas pindah halangan ke atas premis dan penjaja yang membuat halangan di tempat awam di sekitar kawasan Segambut pada Isnin lepas.

Menurutnya, operasi tersebut dilaksanakan DBKL melalui melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Segambut.

“Hasil daripada pemantauan dan rondaan yang dijalankan, kesemua enam premis perniagaan tersebut dikenakan tindakan bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 atas kesalahan meletakkan barangan yang berkaitan dengan perniagaan di tempat awam.

“Kesemua barangan yang diambil tindakan pindah halangan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” ujarnya.

DBKL menegaskan akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan http://adukl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do,” tegasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas