Berita

David Beckham teruja lihat KLCC

- Diterbit 1 Februari 2024 3:51 PM MYT

BEKAS bintang bola sepak legenda David Beckham kini berada di Kuala Lumpur, sejak semalam.

Menerusi Instagramnya, ikon bola sepak itu memuatnaik fotonya yang berlatarbelakang pemandangan bangunan ikonik Malaysia, Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Beliau menzahirkan rasa kagum melihat pemandangan yang terdapat ibu kota itu.

“Wow…pemandangan yang mengagumkan di bandar Malaysia (Kuala Lumpur),” tulisnya.

Difahamkan, kehadiran Beckham, 48, di Kuala Lumpur adalah bagi menghadiri acara World of the Predator Exhibition yang mengimbas sejarah 30 tahun but bola sepak dikeluarkan Adidas.

Bersandarkan jadual, legenda bola sepak itu akan membuat kemunculan dalam sesi bersama pemegang keahlian adiclub terpilih di pusat beli belah The Exchange TRX, pukul 6 petang ini.

Bagi kemunculan di The TRX Exchange, Beckham bakal disertai barisan selebriti Asia termasuk bintang K-pop, Kim Yug-yeom dan pelakon Thailand, Nanon Korapat.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai selebriti tempatan seperti Shiha Zikir, Hariz Fayahet, Aprena Manrose, Zahiril Adzim, Khairil Fahmi Che Mat dan Hairul Azren yang teruja dengan kehadiran bintang bola sepak terkenal itu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas