Berita

Datuk Bandar Kuala Lumpur salur sumbangan kepada mangsa ribut Pangsapuri Teratak Muhibbah 2

Maimunah turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada setiap ketua keluarga yang terjejas.
- Diterbit 8 April 2025 10:15 AM MYT

DATUK Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif telah turun padang bagi meninjau enam unit kediaman di Pangsapuri Teratak Muhibbah 2 yang rosak akiba hujan lebat dan ribut baru-baru ini.

Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku pada insiden Jumaat lalu.

Maimunah turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada setiap ketua keluarga yang terjejas.

Dalam kunjungan berkenaan, Maimunah turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada setiap ketua keluarga yang terjejas.

Bagi tujuan penempatan, semua keluarga akan diberikan unit lain dalam blok yang sama untuk didiami.

Buat masa ini, ke semua mangsa telah ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang disediakan di Dewan Teratak Muhibbah 2.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan terus memantau situasi itu dengan memberikan bantuan sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk sentiasa terpelihara.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas