Selebriti

“Dalam pertandingan tu ada ramai artis” – Sophia Albarakbah

Sophia Albarakbah
- Diterbit 13 Oktober 2023 1:10 PM MYT

PELAKON Sophia Albarakbah menafikan kehadirannya ke konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada Ahad lalu adalah untuk memberikan sokongan kepada Aliff.

“Dalam pertandingan ASGV itu melibatkan ramai artis. Lagi pun saya ke sana sebab nak sokong sepupu saya, Aisha Retno yang menyanyi untuk GV Live Plus.

“Saya stay sampai Liza Hanim tapi dalam pukul 11 malam Aisha dah kena buat persembahan.

“Jadi Aisha ajak saya sekali keluar dan selepas itu kami terus balik,” katanya ketika ditemui pada sidang media filem Harimau Malaya The Untold Journey.

“Kalau kami bertembung (dengan Aliff) saya rasa tak ada masalah sebab kita dalam industri yang sama. Pusing-pusing pun orang yang sama.

Bella & Aliff

“Saya rasa tak ada masalah pun berada di tempat yang sama. Lagi pun apa yang berlaku dulu dah lama, itu bukanlah isunya dan saya berhak untuk pergi ke acara yang sama,” ujarnya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas