DAKWAAN mengatakan pasukan petugas sampai lewat berikutan banjir kilat yang berlaku di ibu kota pada 15 Oktober lalu sebagai kurang tepat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Katanya, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) melaporkan hujan bermula pada pukul 8.30 pagi dan berhenti pada sekitar pukul 10.45 pagi.
“Dalam tempoh 2 jam 15 minit itu, pasukan petugas Jabatan Pengairan dan Dalitan (JPS) dan Squad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telahpun berada di lapangan dan berusaha untuk melencongkan air dan membantu Untuk menyuraikan aliran air.
“Jadi sekuranya dakwaan mengatakan pasukan petugas lewat sampai itu kurang tepatlah, ” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) yang bertanyakan mengenai situasi banjir yang menimpa ibu negara dalam design pertanyaan menteri di parlimen hari ini.
Menurut Zaliha, emergency response time yang diambil oleh pasukan penyelamat adalah berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
“Saya mengucaplan terima kasih kepada semua anggota yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kawalan banjir pada ketika itu lebih kurang dua jam, kawasan itu kembali pulih seperti sedia kala, ” katanya.
Beliau turut memaklumkan kepada Dewan Rakyat telah memanggil jawatankuasa bencana negeri dan mendapatkan taklimat secara terus dan secara langsung dari semua agensi yang terlibat.
Ujar Zaliha, bagaimanapun situasi yang berlaku pada ketika itu tidak dikira sebagai bencana lagi dan ia mash dikategorikan sebagai insiden.
Dalam pada itu, Zaliha turut memohon agar orang awam mainkan peranan dalam memberikan maklumat kepada agensi yang terlibat dalam jawatankuasa banjir. – WILAYAHKU