Berita

Daia Hijab All Day Freshness: Segar Untuk Hijab, Segar Untuk Keluarga!

LISA (berdiri, tengah) memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness.
- Diterbit 10 Jun 2023 9:00 AM MYT

KEBANYAKAN wanita Muslim di Malaysia mengenakan hijab. Memandangkan ia melibatkan pemakaian sepanjang hari ketika berada di luar, maka ini meningkatkan tahap kelembapan rambut lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang panas dan lembap.

Ia membuatkan pemakai hijab berasa tidak selesa, resah sehingga menjejaskan keyakinan diri mereka. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, jenama pencuci pakaian terkenal Daia memperkenalkan rangkaian terbaharu produknya iaitu Daia Hijab All Day Freshness.

Menurut Jurucakap Gentle SupremeSdn Bhd, Eliza Yanti, ia merupakan satu penyelesaian inovatif yang menghapuskan semua bau termasuk bau peluh.

“Apabila berpeluh, bakteria daripada peluh akan terperangkap pada pakaian kita dan menyebabkan bau busuk. Dirumus dengan formulasi terkini, Daia Hijab All Day Freshness memberikan kawalan bau peluh berprestasi tinggi.

“Ia dapat menghilangkan semua bau ketika dicuci dan meneutralkan bau semasa dipakai sekali gus memberikan kesegaran sepanjang hari kepada pemakai hijab dan keluarga mereka,” katanya.

Dalam masa yang sama ia dilengkapkan dengan formula terkini Teknologi Smart IonTM dan kawalan bau peluh yang memberikan prestasi standard tertinggi cucian kerana ia mampu membasmi 99.9 peratus bakteria.

Daia Hijab All Day Freshness baharu dilancarkan di Malaysia baru-baru ini oleh artis terkenal tempatan yang juga merangkap duta rangkaian produk Daia, Datin Lisa Surihani. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas