BERSEMPENA bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, Kay’s Steak & Lobster meraikan seramai 30 pejuang Thalasemia sebagai tanda suntikan semangat buat mereka terus kuat melangkah.
Pengarah Urusan Kays Steak & Lobster Aizuddin Khalid, berkata sebagai pesakit Thalasemia dia memahami cabaran dilalui pesakit, sekali gus pihaknya ingin memberi pendedahan menerusi program CSR Ramadan Kay’s Steak & Lobster.
“Inisiatif menghimpunkan pejuang Thalasemia dalam majlis buka puasa ini antara lain adalah sebagai tanda penghargaan kami kepada mereka ini yang diharap terus bersemangat melawan penyakit ini.
“Pada masa sama saya ingin maklumkan saya sendiri adalah pesakit Thalasemia, malah kami juga turut mengambil mereka yang mempunyai Thalasemia sebagai pekerja.
“Menghidap Thalasemia tidak menghalang kita untuk menjalani kehidupan seperti insan lain termasuk mencari rezeki dan menyumbang kembali kepada masyarakat,” katanya ketika majlis CSR Ramadan Kay’s Steak & Lobster, baru-baru ini.

Pada majlis yang diadakan di cawangan Putra Heights Subang Jaya itu, Kays Steak & Lobster turut menyumbang wang tunai berjumlah RM5,000 kepada Tabung Persatuan Thalasemia Malaysia (TAM).

Menurut Presiden TAM, Irham Hakimi Mohd Hamdan, 30, setakat ini ahli berdaftar di bawah persatuan tersebut sekitar 170 orang dengan anggota termuda berusia seawal tiga tahun.
“TAM ditubuhkan sejak berdekad-dekad lalu yang menjadi tonggak kepada pesakit Thalasemia dalam menyuntik sokongan moral selain memudahcara untuk ahli mendapatkan bantuan dari segi rawatan berkala atau infusi darah.
“Tahap kondisi setiap penghidap penyakit ini juga berbeza macam saya hanya memerlukan pemindahan darah dua bulan sekali, tetapi ada juga perlukan darah setiap bulan.
“Terima kasih kepada semua penderma darah serta rakyat Malaysia yang prihatin, sokongan anda membawa sinar dalam kehidupan kami sehari-hari,” katanya.
Bersempena Ramadan, tetamu menikmati menu istimewa untuk puasa tahun ini iaitu Nasi Lemak Lobster Berempah dan Nasi Lemak Rendang Rusuk.
Kedua-dua juadah ini tersedia di semua cawangan lain iaitu di Ampang, Putrajaya dan premis terbaru di Elmina, Sg Buloh.
Menurut Aizuddin lagi, pelanggan juga masih boleh menjamah hidangan signature Kay’s Steak & Lobster termasuk Beef Wellington, Black Angus Tomahawk, Ribeye Steak, Wagyu Cheeseburger, Salted Egg Softshell, NZ Grill Mussle dan Lobster yang digrill atau dimasak bersama butter.
Kays Steak & Lobster ditubuhkan pada 2013 dengan cawangan pertama di Putra Height adalah restoran berkonsepkan semi fine dine yang menyajikan steak dan udang kara premium diimport dari luar negara dan mendapat pengiktirafan Sijil Halal Jakim
Awal permulaan membuka cawangan pertama bermodalkan RM200,000 ringgit, kini untuk membuka cawangan baharu memerlukan modal hampir 1 juta.
Bagi tahun 2024 jumlah jualan adalah sebanyak RM14 juta membabitkan perolehan semua tiga outlet.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan hidangan, promosi atau tempahan boleh layari http://www.kaysteaklobster.com
– WILAYAHKU