Utama

Coway Malaysia tutup tirai 2021 dengan pelbagai program CSR

PENGARAH Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi Ki Ryong (dua dari kanan) dan Ketua Bahagian Pemasaran Coway Malaysia, Chris Noh (kanan) bersama dengan wakil-wakil Food Aid Foundation (kiri) semasa pengagihan pek makanan untuk mangsa banjir baru-baru ini.
- Diterbit 28 Januari 2022 3:39 AM MYT

TATKALA Malaysia terus berjuang menentang pandemik COVID-19, Coway Malaysia mengambil inisiatif untuk bangkit dan memupuk semangat ‘Kita Berdiri Teguh Seiringan’ dengan melancarkan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang tahun 2021.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi Ki Ryong berkata selaras dengan kempennya Kita Berdiri Teguh Seiringan [‘We Stand as One’ (WSAO)], inisiatif CSR ini adalah sebahagian daripada komitmen Coway untuk berdiri seiring dengan rakyat Malaysia dalam perjuangan menentang cabaran yang dihadapi semasa pandemik.

Antara inisiatif CSR yang dijalankan termasuk berganding bahu dengan rakan artis tempatan (KOL) untuk membantu anak-anak yatim di Lembah Klang, bekerjasama dengan Food Aid Foundation (FAF), Ronald McDonald Sensory Room (RMSR) dan Yayasan Chow Kit (YCK).

Menerusi kerjasama dengan ramai KOL, Coway telah membantu lima buah rumah anak yatim dengan menghulurkan sumbangan kewangan berjumlah RM100 ribu, tajaan penulenan udara, air Coway yang disertakan dengan khidmat servis percuma di samping barangan keperluan asas.

“Coway Malaysia juga bekerjasama dengan FAF untuk membekalkan barangan runcit dan makanan kepada masyarakat yang memerlukan sejak Disember 2021 dengan matlamat untuk membantu 7,600 keluarga di negara kita.

“Coway turut memberi sumbangan kewangan kepada program Bilik Sensori Rumah Ronald McDonald untuk menyokong 35 bilik sensori di pusat-pusat pendidikan istimewa di seluruh negara di samping membantu 100 orang kanakkanak menerusi YCK dengan membekalkan keperluan asas sekolah dan penjagaan hidup,” tambahnya.

Jelas beliau, ini adalah semangat ‘Cowayian’ (warga Coway) kami dan cara kami menunjukkan kebaikan dan keprihatinan kami. Seperti kata pepatah Inggeris, “when the going gets tough, the tough get going.” Apabila kita menghadapi kesukaran hidup, kita perlu menguatkan semangat dan mengharungi saat sukar itu dengan tabah.

“Kami akan terus berusaha untuk memainkan peranan penting dalam program CSR kami dengan melaksanakan lebih banyak inisiatif pada masa hadapan,” ujarnya sambil menambah walau bagaimana sulitnya keadaan, kita boleh mengatasinya jika ‘Kita Berdiri Teguh Seiringan’. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas