Berita

COVID: Malaysia catat 6,075 kes baharu, jumlah tertinggi setakat ini

PECAHAN kes baharu COVID-19 dan Selangor mencatatkan kes tertinggi. Kredit foto oleh: Kementerian Kesihatan Malaysia PECAHAN kes baharu 19 Mei 2021 (6,075). Kredit foto oleh: KKM
- Diterbit 19 Mei 2021 8:08 AM MYT

MALAYSIA hari ini merekodkan kes harian tertinggi COVID-19 dengan 6,075 kes, sejak pandemik itu dikesan di negara ini pada Januari tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan, Selangor kekal negeri dengan kes harian tertinggi sebanyak 2,251 kes, diikuti Johor (699), Kuala Lumpur (660), Kedah (445), Kelantan (441) dan Sarawak (323).

Selain itu, Perak (220), Terengganu (203), Negeri Sembilan (189), Pulau Pinang (183), Sabah (160), Pahang (150), Melaka (122), Labuan (14), Putrajaya (sembilan) serta Perlis (enam).

Berdasarkan rekod, kes harian tertinggi negara sebelum ini dicatat pada 30 Jan lepas dengan 5,728 kes. – BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas