Berita

COVID: Kes baharu cecah 4,865, Selangor kekal tertinggi

KES baharu COVID-19 terus menunjukkan peningkatan dalam tempoh 24 jam lepas apabila 4,865 kes direkodkan hari ini berbanding 4,446 kes semalam. Kredit foto: FB Kementerian KES baharu COVID-19 terus menunjukkan peningkatan dalam tempoh 24 jam lepas apabila 4,865 kes direkodkan hari ini berbanding 4,446 kes semalam. Kredit foto: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
- Diterbit 18 Mei 2021 7:53 AM MYT

KES baharu COVID-19 terus menunjukkan peningkatan dalam tempoh 24 jam lepas apabila 4,865 kes direkodkan hari ini berbanding 4,446 kes semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 479,421 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, dalam tempoh itu Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,743 kes diikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (477).

Johor merekodkan 407 kes diikuti Kelantan (406), Kedah (244), Pulau Pinang (220), Perak (160), Terengganu (156), Pahang (152), Negeri Sembilan (149), Melaka (127), Putrajaya (9), Labuan (6) dan Perlis (2). — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas