LABUAN – Meskipun berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang pekerja swasta tidak menghampakan permintaan anak saudaranya berusia 4 tahun yang menginginkan coklat.
Lelaki yang dikenali sebagai Joshua, 24, berkata, dia terdetik untuk membeli coklat apabila melihat promosi makanan itu di sebuah pasar raya.
“Dengan adanya promosi ini, ia meringankan beban pembeli kerana harganya murah.
“Makanan berasaskan coklat ini memang makanan kegemaran kanak- kanak. Memandangkan sekarang tempoh PKP, kita sebagai ibu bapa atau keluarga tidak boleh bawa mereka untuk membeli barangan yang mereka kehendaki,” katanya ketika ditemui hari ini.

Joshua berkata, sebelum arahan PKP, kanak-kanak boleh mengikuti ibu bapa ke pasar raya dan memilih barangan yang mereka mahu.
“Bila kita belikan makanan kesukaan anak-anak, sudah pasti mereka gembira walaupun sudah hampir sebulan tidak keluar rumah.
“Saya harap lebih banyak promosi barangan diadakan bagi meringankan beban masyarakat ketika tempoh PKP dijalankan,” katanya. – WILAYAHKU