
Bantu sekolah ditubuhkan rakyat Palestin
KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad bersetuju dengan permintaan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh agar pihaknya dapat memberikan sokongan dan bantuan kepada sebuah sekolah yang dibuka oleh warga Palestin di sini. Permintaan tersebut dinyatakan oleh Ismail Haniyeh dalam kunjungan hormat Khalid ke atas pemimpin Palestin tersebut baru-baru ini.