Atlet Wilayah

Dhuha bakal perenang negara

MESKIPUN baru menginjak usia 16 tahun namun Dhuha Zulfikry dilihat mempunyai potensi sebagai antara perenang masa hadapan negara. Ia berikutan kejayaan atlet Wilayah Persekutuan itu dalam merangkul enam pingat emas menerusi acara 200 meter (m) gaya bebas dengan catatan masa 1:50.03 saat (s), 1,500m gaya bebas (15:51.53s), 4x100m gaya bebas

Atlet Wilayah

SUKMA 2024: Skuad olahraga WP capai sasaran

SKUAD olahraga Wilayah Persekutuan menutup tirai acara tersebut dengan cemerlang apabila berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024. Menurut Ketua Jurulatihnya, Norshamizi Ismail dia amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh para atlet meskipun tidak berjaya menjadi juara keseluruhan bagi acara olahraga. “Sasaran awal

Atlet Wilayah

SUKMA 2024: Silat WP tutup tirai dengan 14 pingat

ACARA pencak silat bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 melabuhkan tirai semalam di mana Kontinjen Wilayah Persekutuan (WP) berjaya memungut 14 pingat secara keseluruhan. Muhammad Syaqir Afham Zaidi menjadi satu-satunya penyumbang pingat emas buat kontinjen WP menerusi acara pencak silat lelaki bawah 45 kilogram (kg) apabila berjaya menumbangkan lawannya

Atlet Wilayah

WP buru ibu segala pingat Sabtu ini

WILAYAH Persekutuan (WP) meneruskan langkah dalam memburu ibu segala pingat Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 menerusi perlawanan akhir bola sepak lelaki yang akan diadakan pada Sabtu ini. Perlawanan yang akan diadakan di Stadium Mukah itu bakal menyaksikan pertempuran di antara pasukan WP dan Melaka dalam melakar sejarah baharu acara bola

Artikel

SUKMA 2024: Bola jaring WP pertahan juara tiga edisi berturut-turut

PASUKAN bola jaring Wilayah Persekutuan (WP) mengekalkan status sebagai kuasa besar sukan itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 apabila berjaya mempertahankan kemenangan buat tiga edisi berturut-turut. Wilayah Persekutuan berjaya menewaskan Kedah 60-37 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah pagi tadi. Pada aksi akhir, anak buah

Atlet Wilayah

Emas pertama ping pong milik WP

PRESTASI cemerlang yang ditampilkan pasukan ping pong Wilayah Persekutuan (WP) membuahkan hasil apabila berjaya meraih emas pertama sukan tersebut menerusi acara berpasukan campuran. Pasukan WP berjaya menewaskan Pulau Pinang 3-0 apabila berjaya mendahului permainan menerusi perseorangan wanita, Jing Shuen Lim yang menewaskan Amanda Hui dengan keputusan 11-6, 11-6 dan 11-1.