
“Yok ke Sekijang naik ETS!” – Dr Zaliha puji laluan baru lebih selesa dan efisien
LALUAN tren elektrik (ETS) dari ibu negara ke Segamat yang mula beroperasi bulan lalu disambut baik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa. Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang, kawasan parlimen yang terletak dalam Daerah Segamat menyifatkan pembukaan laluan ini sebagai kemudahan besar buat