
Berperang dengan ‘pandemik’ NCD
SABTU lalu ketika berucap menyempurnakan pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera sempena sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Putrajaya, ada sesuatu yang mengecewakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Bercakap, berkempen hari-hari mengenai kesihatan kepada rakyat jelata, hakikatnya di Putrajaya yang menempatkan warga penjawat awam, dua ‘penyakit’ begitu membimbangkan beliau.