
PMNI mahu lahirkan ulama bukan pendakwah selebriti… Perlukan dana RM 15 juta kembangkan madrasah
PENGASAS Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) Syeikh Rohimuddin mengaku tidak menggalakkan anak didiknya untuk bergelar pendakwah selebriti. Menurut Syeikh atau nama sebenarnya Syeikh Rohimuddin Nawawi Al Banteni, PMNI yang terletak di Kuala Selangor itu bertanggungjawab melahirkan pendakwah yang mempunyai fokus sepenuhnya kepada agama, bangsa dan negara, bukannya mengejar populariti.