Berita

Caj perkhidmatan Bas GoKL dikenakan buat pengguna bukan warganegara 

Kredit foto: BERNAMA
- Diterbit 30 November 2023 6:48 AM MYT

INDIVIDU bukan warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan bas GoKL akan dikenakan caj bayaran secara berperingkat. 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, ia melibatkan empat laluan  di sekitar pusat bandar iaitu Laluan 01 (hijau), Laluan 02 (Ungu), Laluan 03 (merah) dan Laluan 04 (biru). 

Menurutnya, transaksi pembayaran adalah tanpa tunai iaitu melalui kad Touch and Go(TnG) kod QR, kad kredit atau kad debit. 

“Manakala bagi warganegara Malaysia yang menggunakan MyKad dan mempunyai sistem TnG perlu membuat pendaftaran terhadap MyKad tersebut bagi menikmati perkhidmatan percuma. 

“Bermula 1 Disember, kaunter pendaftaran akan beroperasi pada pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 7 malam dengan melibatkan tiga lokasi iaitu hentian bas KLCC, hentian akhir Titiwangsa dan hentian akhir Pasar Seni. 

“Manakala bermula 6 Disember setiap hari Rabu, ia akan beroperasi pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 4 petang di Lobi Menara DBKL 1,” jelasnya dalam satu kenyataan. 

Tambah DBKL,  bayaran perkhidmatan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah adalah percuma. 

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh e-melkan kepada jpb@dbkl,gov,my atau hubungi talian 03-2028 2314. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas