BARISAN Nasional (BN) merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dengan majoriti 3,352 undi.
Calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memperoleh 9,091 undi, menewaskan PAS diwakili Mohd Rizwadi Ismail yang mendapat 5,739 undi.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan jumlah keluar mengundi sebanyak 73.88% daripada 20,259 pengundi berdaftar pada PRK ini dan 43 daripadanya melibatkan pengundi pos.
PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).
PRK DUN Nenggiri membabitkan seramai 20,259 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN dan calon PN.
PRK itu diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh BERSATU pada 13 Jun lalu.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, calon BN Ab Aziz Yusoff tewas kepada Mohd Azizi yang bertanding di bawah tiket PAS mewakili PN dengan majoriti 810 undi. – WILAYAHKU