Berita

Blueprint Pelancongan Labuan dijangka siap April 2025

- Diterbit 13 Januari 2025 5:00 PM MYT

BLUEPRINT Pelancongan Labuan dijangka siap April 2025 yang dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Pelancongan Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS), dijangka siap pada April 2025, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Katanya, blueprint itu akan menjadi panduan strategik untuk membangunkan sektor pelancongan dari tahun 2025 hingga 2030.

Beliau yang memulakan lawatan kerja pertama tahun 2025 ke Labuan telah menghadiri taklimat pengurusan Perbadanan Labuan.

“Dalam sesi ini, banyak perkara penting telah dibincangkan dan diselaraskan bagi meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan di Labuan.

“Yang paling menarik, perbincangan juga melibatkan hala tuju pelancongan di Labuan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Ujarnya, walaupun banyak yang telah dibincangkan dan dirancang, beliau berkata masih banyak kerja yang perlu diselesaikan demi kesejahteraan rakyat Labuan.

“Kita terus berusaha agar Labuan menjadi wilayah yang lebih maju dan sejahtera,” katanya  – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas