Berita

Beruang matahari dipilih ikon dan maskot Tahun Melawat Malaysia 2026

- Diterbit 8 Januari 2025 2:25 PM MYT

BERUANG matahari dipilih sebagai ikon dan maskot bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Maskot sepasang beruang matahari yang digelar Wira dan Manja itu dipilih sebagai mencerminkan komitmen negara terhadap pemuliharaan hidupan liar berikutan beruang matahari Malaya merupakan spesies terancam.

Wira dan Manja turut menggayakan batik, di mana warna dan coraknya mewakili lima komuniti utama Malaysia iaitu Melayu, Cina, India serta masyarakat Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, tulisan ‘Malaysia’ pada logo VM2026 pula diinspirasikan daripada ukiran kayu tradisional yang turut mengetengahkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya.

Tagline popular ‘Truly Asia’ yang diperkenalkan pada tahun 1999 dikekalkan, namun mempunyai sedikit perubahan pada coraknya.

Ikon kempen itu didedahkan buat pertama kali pada Majlis Pelancaran VM2026 di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB), baru-baru ini

Majlis pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.=WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas