KALAU tiada semangat kental dan kesungguhan di hati, bukan , untuk berlakon ketika diri sedang sarat mengandung serta menunggu masa untuk melahirkan.
Begitulah pelakon cantik Wawa Zainal yang berani mengambil risiko meskipun adegan lasak untuk menjayakan filem Abnormal Buas.
Bukan itu sahaja, Wawa sendiri telah membuat persediaan tapi di set penggambaran kerana bimbang akan melahirkan anak di set penggambaran. Ini disebabkan shooting selesai pukul 7 pagi.
“Kalau ikutkan saya memang tak nak berlakon sebab tengah sarat mengandung ketika penggambaran filem ini dua tahun lalu.
“Bayangkan elok seminggu habis penggambaran saya melahirkan anak saya,” katanya ketika ditemui usai prebiu filem itu baru-baru ini.

Wawa mengakui dia bersyukur kerana tidak bersalin di set penggambaran walaupun akuinya dia bersedia dengan sebarang kemungkinan.
“Alhamdulillah, memang tiada kecederaan langsung yang berlaku. Allah izinkan segalanya berjalan dengan lancar, tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
“Saya juga lakukan atas pujukan arwah Azahari Zain iaitu pengarah awal filem ini,” katanya.
Sementara itu, suami Wawa iaitu Aeril Zafrel yang turut bertindak selaku penerbit berkata, pihaknya ada melamar beberapa artis lain untuk membawakan watak bernama Hani yang dilakonkan Wawa, namun lamaran itu tidak disambut.
“Pihak kami ada lamar beberapa artis untuk watak itu, tetapi lamaran tersebut tidak disambut. Mungkin disebabkan jadual kerja yang padat atau sebagainya,” katanya.
Filem Abnormal Buas bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 20 Jun ini yang mengisahkan manusia bersifat ‘kebinatangan’ seolah-olah terlepas dari belenggu kemanusiaan.
Filem bergenre ‘thriller’ ini turut menyelitkan elemen fiksyen yang menambah lagi rasa kagum dan takjub penonton, membawa ke alam realiti yang luar biasa.
Selain Wawa, filem Abnormal Buas turun dibintangi Aeril Zafrel, Johan As’ari, Kodi Rasheed, Adlin Aman Ramli, Ahmad Yatim, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali, Saheizy Sam, Nabila Huda, Emelda Rosmila dan Hayla (anak kepada Aeril dan Wawa). – WILAYAHKU