Berita

Bentuk keluarga sakinah

- Diterbit 29 Julai 2024 4:28 PM MYT

DALAM usaha membantu serta menyokong komuniti Putrajaya ke arah pembentukan keluarga yang harmoni, bahagia dan sakinah, Perbadanan Putrajaya (PPj) mengadakan Program Keluarga Sakinah Putrajaya 2024 yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada 2, 3 dan 4 Ogos ini.

Menurut Presiden PPj, Datuk TPr Fadlun Mak Ujud, istilah sakinah menggambarkan kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan dalam hubungan kekeluargaan sekali gus membentuk komuniti yang boleh menjadi penyumbang positif kepada masyarakat.

“Program tahunan yang diadakan oleh Perbadanan Putrajaya itu adalah bagi mengamalkan konsep dan ciri-ciri nilai murni serta menangani cabaran secara tuntas dalam merealisasikan pembentukan masyarakat Putrajaya.

“Objektif program ini adalah untuk menerapkan nilai kekeluargaan yang sempurna dalam diri ibu dan bapa seterusnya memelihara keharmonian komuniti Wilayah Putrajaya.

“Dalam masa sama, program ini juga bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan konflik kekeluargaan, pengurusan masa anak-anak dan keluarga selain bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim sesama asnaf serta kakitangan,” ujarnya  pasangan yang menyertai program tersebut tidak dibenarkan membawa anak.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Hal Ehwal Nilai, Ekonomi dan Kebajikan, Seksyen Pembangunan Komuniti, Bahagian Perkhidmatan Komuniti dan Sukan, Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj di talian 019-385 1544 / 03-8887 7155/ 7656/ 7586.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas