BELIA khususnya di Wilayah Persekutuan diminta berbesar hati untuk menjadi jambatan dalam mendekatkan lebih 93.47 peratus belia di Malaysia yang tidak berpersatuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata belia berperanan dalam mengimbangi kesan penurunan tenaga kerja akibat penuaan populasi di Malaysia.
“Cabaran ini memerlukan pendekatan yang holistik di mana belia perlu memainkan peranan sebagai agen perubahan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengahdiri Malam Apresiasi Penggiat Belia Wilayah Persekutuan anjuran Majlis Belia Wilayah Persekutuan yang turut dihadiri oleh Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Zaliha berkata majlis itu telah menghimpunkan kira-kira 200 penggiat dan pendukung segmen belia di Wilayah Persekutuan.
Beliau turut berkongsi kejayaan program Sidang Belia Wilayah Persekutuan yang dianjurkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan di mana suara anak muda di Wilayah Persekutuan diangkat melalui platform demokrasi tanpa campur tangan dari pihak pengurusan.
“Untuk penggal tahun hadapan, saya umumkan kepimpinan Majlis Belia Wilayah Persekutuan akan dilantik sebagai pemerhati tetap bagi penganjuran Sidang Belia Wilayah Persekutuan.
“Insya-Allah, di Jabatan Wilayah Persekutuan, kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan segmen terpenting dalam populasi, iaitu belia melalui pelbagai kaedah,” katanya.
Terdahulu, Wartawan Eksekutif Akhbar Wilayahku, Mohd Azlan Zambry dinobatkan sebagai Belia perlu main peranan imbang penuaan populasi di Malaysia
BELIA khususnya di Wilayah Persekutuan diminta berbesar hati untuk menjadi jambatan dalam mendekatkan lebih 93.47 peratus belia di Malaysia yang tidak berpersatuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata belia berperanan dalam mengimbangi kesan penurunan tenaga kerja akibat penuaan populasi di Malaysia.
“Cabaran ini memerlukan pendekatan yang holistik di mana belia perlu memainkan peranan sebagai agen perubahan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengahdiri Malam Apresiasi Penggiat Belia Wilayah Persekutuan anjuran Majlis Belia Wilayah Persekutuan yang turut dihadiri oleh Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Zaliha berkata majlis itu telah menghimpunkan kira-kira 200 penggiat dan pendukung segmen belia di Wilayah Persekutuan.
Beliau turut berkongsi kejayaan program Sidang Belia Wilayah Persekutuan yang dianjurkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan di mana suara anak muda di Wilayah Persekutuan diangkat melalui platform demokrasi tanpa campur tangan dari pihak pengurusan.
“Untuk penggal tahun hadapan, saya umumkan kepimpinan Majlis Belia Wilayah Persekutuan akan dilantik sebagai pemerhati tetap bagi penganjuran Sidang Belia Wilayah Persekutuan.
“Insya-Allah, di Jabatan Wilayah Persekutuan, kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan segmen terpenting dalam populasi, iaitu belia melalui pelbagai kaedah,” katanya.
Terdahulu, Wartawan Eksekutif Akhbar Wilayahku, Mohd Azlan Zambry turut menerima Anugerah Khas Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan kategori Pengamal Media. – WILAYAHKU