PENYANYI bersuara hebat, Jaclyn Victor tumpang gembira dan mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya Shawn Rivera yang mendirikan rumah tangga baru-baru ini.
Dia berkata, bekas suaminya itu pernah menyatakan hasrat tidak mahu berkahwin lagi, namun sudah menjadi rezekinya.
“Saya tumpang gembira dan saya secara jujurnya sangat seronok untuknya.
“Walaupun dia yang sebelum ini dia kata dia tak nak kahwin semua akhirnya jumpa seseorang dan kahwin.
“Saya juga ada ucapkan tahniah melalui IG Story yang dia kongsi dan saya kongsi semula,” katanya ketika ditemui pada sesi sidang media Jaclyn Victor First Solo Concert yang bakal berlangsung pada 12 Oktober ini di Zepp KL.
Jac berkata, bekas suaminya tidak berkongsi secara langsung namun hanya dia juga hanya tahu menerusi media sosial.
Ditanya mengenai hubungan dia dan Rivera, Jac aku jarang berhubung dan hanya atas dasar anak-anak.
“Dia pun jauh, baru-baru ini dia ada datang ke Malaysia selama sebulan dan ada jumpa anak-anak,” katanya
Jac dan vokalis kumpulan R&B antarabangsa AZ Yet itu mendirikan rumah tangga pada 2014 dan bercerai pada 2020.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 9, dan Molly Marguerite Rivera, 7. – WILAYAHKU