Berita

Bekas peguam Anwar Ibrahim, Sulaiman Abdullah meninggal dunia

Kredit foto: BERNAMA
- Diterbit 19 Disember 2023 10:50 AM MYT

PEGUAM kanan Datuk Sulaiman Abdullah meninggal dunia semalam pada usia 77 tahun.

Kematiannya diumumkan oleh anak tunggalnya, pelakon dan pengarah Huzir Sulaiman.

“Saya hadir semasa pemergiannya bersama isteri saya Claire, serta pembantu peribadinya yang setia Siti Nur Abdullah, disokong oleh Muhammad Hamza, serta ahli keluarga dan rakan-rakan,” katanya dalam satu kenyataan media lewat malam tadi.

Walaubagaimanapun, Huzir tidak mendedahkan punca kematian bapanya, tetapi beliau berkongsi bahawa bapanya telah menghadapi “banyak cabaran kesihatan” terutamanya dalam tempoh 10 tahun yang lalu sambil mengekalkan “fikiran yang tajam dan kecerdasan”.

Huzir berkata majlis pengebumian bapanya akan berlangsung hari ini pada 1.10 petang selepas solat zohor di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz di Jalan Templer di Petaling Jaya, Selangor.

Sulaiman pernah menjadi presiden Badan Peguam Malaysia dari 2000 hingga 2001, tetapi menjadi ahli badan induknya, Majlis Peguam, untuk tempoh yang lama sejak 1989.

Beliau juga merupakan antara peguambela kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 selepas tercetusnya era refomasi.

Peguam terkenal dari Pulau Pinang yang pernah belajar di SK Wellesley, SK Francis Light, Penang Free School sebelum menamatkan pengajian dengan ijazah undang-undang dari Universiti Singapura (kini Universiti Nasional Singapura) pada tahun 1969, telah mewakili pelbagai orang dan organisasi. sepanjang kerjaya menjangkau lebih 50 tahun. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas