Berita

Bekas anggota One Direction, Liam Payne meninggal dunia

- Diterbit 17 Oktober 2024 10:58 AM MYT

BEKAS anggota kumpulan pop, One Direction, Liam Payne meninggal dunia setelah jatuh daripada tingkap tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, menurut laporan polis.

Kematian Payne, 31, berlaku di sebuah hotel di jalan Costa Rica berhampiran kejiranan Palermo.

Menurut pegawai polis Buenos Aires, pihaknya bergegas ke hotel berkenaan pada tengahari Rabu selepas menerima panggilan daripada 911 mengenai seorang lelaki yang bertindak agresif mungkin di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

Bagaimanapun, laporan polis tidak mengidentifikasikan individu itu sebagai Payne. Payne berada di Argentina bagi menghadiri konsert bekas ahli kumpulannya Niall Horan pada 2 Oktober lalu, berdasarkan video yang dimuatnaik ke media sosial.

Sementara itu, pengurus hotel memberitahu terdengar bunyi yang kuat di belakang hotel, dan ketika anggota polis tiba, mereka menemui lelaki yang terjatuh daripada balkoni biliknya.

Payne yang baru saja meraikan ulang tahun kelahirannya di lahirkan di Wolverhampton, England merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Payne memiliki seorang anak bernama Bear hasil hubungannya dengan personaliti TV British yang juga penyanyi Chreyl pada 2017.

Mendiang mula dikenali selepas populariti yang diraih kumpulan pop British itu. Selain Payne, One Direction turut disertai Harry Styles, Zayn Malik, Luis Tomlinson dan Niall Horan.

Kumpulan pop itu ditubuhkan selepas memenangi tempat ketiga dalam pertandingan realiti, X Factor British pada 2010, mereka bagaimanapun berpecah pada 2016.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas