Berita

Bekalan elektrik di 794 kawasan di empat negeri pulih

Kredit: Facebook TNB Careline
- Diterbit 26 Disember 2021 11:13 AM MYT

BEKALAN elektrik di 623 kawasan yang terjejas banjir di Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sudah dipulihkan setakat 12 tengah hari tadi.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) Careline menerusi hantaran di Facebook memperincikan 480 kawasan itu  terletak di Pahang, 25 di Negeri Sembilan dan 118 di Kuala Lumpur.

Sementara itu, bekalan elektrik di 171 kawasan di Selangor telah dipulihkan setakat 12 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, ini adalah kerana pencawang kuasa yang membekalkan elektrik di premis anda belum selamat sepenuhnya untuk diaktifkan,” katanya.TNB Careline juga berkata 80 kawasan di Selangor, 37 di Pahang, masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur masih belum menerima bekalan elektrik bagi memastikan keselamatan pengguna.

“Usaha bagi memastikan bekalan elektrik ke kawasan terjejas dipulihkan secara berperingkat diteruskan, tertakluk kepada akses dan keadaan setempat,” katanya. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas