POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta dalam kejadian di Ampang Point, Kuala Lumpur semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, menurut laporan yang diterima pihaknya oleh pengadu pada pukul 3.55 petang itu, wang berkenaan dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point.
“Kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media pada Khamis.
Difahamkan kejadian berlaku ketika pemandu van keselamatan menyedari pintu van dipandunya terbuka.
Selepas diperiksa, satu beg berisi wang tunai hilang dipercayai terjatuh. – WILAYAHKU