BAHAGIAN Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan dua pengawal keselamatan berusia 52 dan 38 tahun bagi membantu siasatan berhubung kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta dalam kejadian di Ampang Point, Kuala Lumpur semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kedua-duanya iaitu seorang lelaki dan seorang wanita ditahan pada pukul 10 malam tadi.
Menurutnya, ujian air kencing ke atas kedua-dua tangkapan adalah negatif dan tidak mempuyai sebarang rekod jenayah.
“Kedua-dua tangkapan telah dibenarkan tahanan reman oleh Mahkamah Ampang selama empat hari bermula sehingga 10 November ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Terdahulu IPD Ampang Jaya mengesahkan telah menerima satu laporan polis dari orang awam yang menemukan semula beg yang mengandungi wang tunai RM1 juta itu yang dilaporkan hilang semalam.
Jelas Mohd Azam, beg ditu idakwa ditemukan berdekatan kawasan Ampang Point.
“Pemeriksaan yang dijalankan ke atas beg terbabit adalah disahkan milik syarikat keselamatan terbabit dan mengandungi wang tunai sebanyak RM1,071,000,” katanya.