Selebriti

Bedah hidung kerana sinus, migrain… Zarina Zainuddin terkilan komen ‘lahar’ netizen

- Diterbit 2 Januari 2023 1:02 PM MYT

AKIBAT mengalami masalah sinus dan migrain yang teruk, pelakon popular Zarina Zainuddin terpaksa menjalani pembedahn hidung.

Menerusi video yang dikongsi dalam laman instagram, Zarina menjelaskan sudah berjumpa doktor dan menjalani pembedahan untuk membuang bendalir di hidungnya itu.

“Saya sebenarnya ada masalah sinus dan migrain yang teruk sampai tidak boleh bercakap.

“Masalah sinus ini membuatkan saya selalu berasa sakit kepala dan berasa nak marah saja. Saya berasa sangat sakit sampai mahu membuka tudung kerana sudah tidak larat kerana kepala saya sakit sangat.

“Kepala saya sakit sangat sampai nak hantuk ke dinding,” katanya.

Dalam masa yang sama, Zarina juga akui terkilan dan menangis dengan komen-komen ‘lahar’ atau tidak menjaga hati dan perasaan.

Bagi pelakon drama bersiri Teduhan Kasih itu, mereka yang tidak tahu masalah yang dihadapinya, tidak boleh komen sesuka hati.

“Saya baca komen anda semua yang tak tahu menahu mengenai diri tapi menuduh saya macam-macam. Kepada mereka yang tidak tahu tapi terus ‘judge’ jumpa saya untuk minta maaf.

“Saya baca komen sampai asyik menangis dan lagi sakit kepala,” jelasnya yang mengakui anaknya Azal turut mengalami masalah yang sama.
Azal hanya makan ubat untuk merawat penyakit itu.

“Saya tidak sanggup nak ‘operate’ dia kerana keadaannya begitu. Jadi dia cuma makan ubat saja. Saya terima keadaan diri saya begini dan jika anda sayangkan saya, tolong doakan saya.

“Sedapnya cakap hati orang terluka dan korang boleh ketawa ya?,” katanya yang turut mendapat kata-kata positif dan doa daripada peminat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas