Berita

Becker jadi pengulas untuk Eurosport Jerman di Terbuka Australia

- Diterbit 3 Januari 2023 3:39 PM MYT

BEKAS bintang tenis Boris Becker sekali lagi bertugas untuk Eurosport Jerman pada Terbuka Australia, hanya beberapa minggu selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Discovery, pemilik saluran Warner Bros pada Selasa mengesahkan pemain berusia 55 tahun itu akan mengulas perlawanan utama hari ini di grand slam pertama musim ini dari 16-29 Jan selain membuat analisis lain, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) .

Becker bekerja untuk stesen TV itu sebelum menjalani hukuman penjara di Britain pada April kerana gagal mengisytiharkan aset dengan tertib semasa prosiding muflis.

Beliau dibebaskan pada Disember dan dihantar pulang ke Jerman. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas